Thursday, December 30, 2010

TCP/IP

  • TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) adalah standard komunikasi data yang digunakan dalam proses tukar-menukar data dari satu komputer ke komputer lain di dalam jaringan Internet.
Terdapat 4 lapisan yang juga disebut sebagai TCP/IP Model, atau Internet Model.
    •  lapisan aplikasi (application layer)
    • lapisan antara host (host-to-host layer)
    • lapisan internetwork (internetworking layer)
    • lapisan antarmuka jaringan (network interface layer)
  • Alamat IP (Internet Protocol address) adalah suatu nombor unik yang digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yang menggunakan piawaian Protokol Internet (IP).
  • Oleh kerana alamat IP tidak mudah diingati, Sistem Nama Domain menyediakan keupayaan untuk mengaliaskan nama domain (cth. www.wikipedia.org) kepada alamat IP (207.142.131.248).

  • IPv4 menggunakan alamat 32-bit (4 bait), yang menghadkan ruang alamat kepada 4,294,967,296 (232) alamat unik.
  • Piawaian IPv4 boleh dikelaskan kepada lima iaitu: A, B, C, D dan E. Hanya kelas A, B dan C sahaja yang biasanya digunakan. Manakala yang lain disimpan untuk untuk tujuan khas.
  • Walau bagaimanapun telah muncul kaedah untuk menulis IP dengan tidak terikat dengan kelas dipanggil CIDR (Class-less Inter Domain Routing). Contoh: 127.0.0.1
  • Disebabkan alamat IPv4 dikhuatiri habis tidak lama lagi, piawaian IPv6 sedang giat dijalankan.
  • Alamat IPv6 adalah sepanjang 128 bit (16 bait), yang akan memberikan 2128, atau kira-kira 3.403 × 1038 alamat unik. Ini difikirkan cukup untuk tempoh yang lama. Contoh: 2001:0db8:85a3:08d3:1319:8a2e:0370:7334